KERANA KATA
Teks : Sariah Awang Senik Sumber : Koleksi Peribadi http://www.facebook.com/sariahawangsenik Kerana kata Apabila emosi merasuk diri kita seringkali lalai dalam meluahkan kata-kata dan kadangkala hati bagai ditusuk sembilu hanya kerana satu kata Kerana kata Demi tuhan aku tiada niat mengungkapkan kata-kata itu jauh sekali untuk melukakan hatimu Kerana kata Aku sedar aku tak sesempurna mana Selagi bernama manusia dan hambanya aku sering saja membuat satu kesilapan Kerana kata Walau tahu aku susah dan merempat, tapi aku bernekad juga untuk membina gudang pahala Kerana kata Jika kata dilemparkan telah membuat hatimu terluka, maka aku yang hina ini memohon sejuta kemaafan dari mu wahai sahabatku. Dan ketahuilah secara jujurnya aku lebih takut balasan disana nanti yang mungkin buatkan aku kekal di neraka nanti. Hasil Nukilan Sariah Awang Senik 26/10/2019