PENUNGGU SETIA


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Dari Google
http://www.facebook.com/sariahawangsenik



PENUNGGU SETIA


Kisah ini aku ceritakan lagi dari dulu, kini dan selamanya
Kisah seorang penunggu setia yang tersepit di celah-celah batu kehidupan

Akibat desakan hidup yang melarat, dia harus lakukan satu pengorbanan
Pengorbanan demi  pengorbanan tanpa henti tanpa nanti

Tidak mahu menyusahkan hidup manusia yang lain, maka dia tiada mempunyai pilihan
Bukan menyeksa diri tapi adakala mereka sengaja tidak mahu memahami

Penunggu setia ini terus sabar menanti dalam doa dan penuh harapan kepada maha penciptaNya
Dalam diam dan hening malam, dia bernekad untuk mengumpul seberapa banyak pahala buat bekalan rumah abadi disana nanti.

Meskipun kini agak melelahkan namun penunggu setia ini tetap yakin percaya bahawa Allah hadirkan semua bagai satu medan untuk menyucikan diri dari dosa-dosa yang telah berlalu.


Hasil Nukilan
Sariah Awang Senik

Comments

Popular posts from this blog

DENDAM

SYUKURLAH

RINDU BERTANDANG LAGI