AKU SI PENJUAL PAU

 Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Google
http://www.facebook.com/sariahawangsenik


Aku si penjual pau
Masih setia gagah berdiri di sini
Berpanas dan berpeluh demi memuaskan hati semua

Aku si penjual pau
Tika aku jalankan amanah ini aku seringkali teruji
Diuji dan dipertemukan jodoh dengan pelbagai ragam manusia

Aku si penjual pau
Ada ketikanya kesabaranku bukan setinggi langit ke tujuh
dan adakalanya aku bertahan demi anak-anak yang tersayang

Aku si penjual pau
Menahan bahang panas membara buatkan aku dihurung rasa keinsafan
kerana terfikir bagaimanakah keadaan aku disana nanti

Aku si penjual pau
Dengan amanah inilah aku membesar dan mendidik anak-anak bahawa kehidupan ini bukan mudah
perit dan manisnya hanya tuhan yang tahu

Aku si penjual pau
Tersalah menyambut sapaan
bisa membuatkan dalam derita kerana ada ketikanya 
aku dihimpit emosi yang tak menentu

Aku si penjual pau
Di sinilah aku membenihkan satu impian dan juga menanam cita-cita agar ianya mekar menjadi pokok kejayaan

Aku si penjual pau
Akan aku teruskan lorong kejayaan ini walau terpaksa merentas duri dan onak dugaan

Aku si penjual pau
Aku pasti  tugasku bakal berakhir walau sedar ramai yang seronok mengertawakan impian yang satu ini

Aku si penjual pau
Sudah bernekad dan berjanji pada diri akan teruskan segala perjuangan ini hinggake titisan yang terakhir kerana aku tak hanya mahu dikenali sebagai hanya seorang penjual pau tapi sebagai seorang manusia yang banyak memberi manfaat buat insan-insan yang lain.



Hasil Nukilan
Sariah Awang Senik
30/9/2019

Comments

Popular posts from this blog

DENDAM

SYUKURLAH

RINDU BERTANDANG LAGI