KERANA KATA
Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://www.facebook.com/sariahawangsenik
Kerana kata
Apabila emosi merasuk diri kita seringkali lalai dalam meluahkan kata-kata dan kadangkala hati bagai ditusuk sembilu hanya kerana satu kata
Kerana kata
Demi tuhan aku tiada niat mengungkapkan kata-kata itu jauh sekali untuk melukakan hatimu
Kerana kata
Aku sedar aku tak sesempurna mana
Selagi bernama manusia dan hambanya aku sering saja membuat satu kesilapan
Kerana kata
Walau tahu aku susah dan merempat, tapi aku bernekad juga untuk membina gudang pahala
Kerana kata
Jika kata dilemparkan telah membuat hatimu terluka, maka aku yang hina ini memohon sejuta kemaafan dari mu wahai sahabatku.
Dan ketahuilah secara jujurnya aku lebih takut balasan disana nanti yang mungkin buatkan aku kekal di neraka nanti.
Hasil Nukilan
Sariah Awang Senik
26/10/2019

Comments
Post a Comment