Posts

AKU MANUSIA BIASA

Image
Teks : Sariah Awang Senik Sumber : Pinterest http://www.facebook.com/sariahawangsenik.com Aku Manusia Biasa Aku manusia biasa Punya hati dan perasaan Punya keinginan juga kemahuan Punya impian untuk mencapai kemuncak kejayaan Aku manusia biasa Adakala terleka dalam dunia yang tersendiri Leka mengejar satu kebahagiaan yang belum pasti Sedangkan jasad kebahagiaan itu sudah di depan mata dan wajarlah diri mencorakkan ikut selera sendiri.

KERANA KATA

Image
Teks : Sariah Awang Senik Sumber : Koleksi Peribadi http://www.facebook.com/sariahawangsenik Kerana kata Apabila emosi merasuk diri kita seringkali lalai dalam meluahkan kata-kata dan kadangkala hati bagai ditusuk sembilu hanya kerana satu kata Kerana kata Demi tuhan aku tiada niat mengungkapkan kata-kata itu jauh sekali untuk melukakan hatimu Kerana kata Aku sedar aku tak sesempurna mana Selagi bernama manusia dan hambanya aku sering saja membuat satu kesilapan Kerana kata Walau tahu aku susah dan merempat, tapi aku bernekad juga untuk membina gudang pahala Kerana kata Jika kata dilemparkan telah membuat hatimu terluka, maka aku yang hina ini memohon sejuta kemaafan dari mu wahai sahabatku. Dan ketahuilah secara jujurnya aku lebih takut balasan disana nanti yang mungkin buatkan aku kekal di neraka nanti. Hasil Nukilan Sariah Awang Senik 26/10/2019

AKU SI PENJUAL PAU

Image
 Teks : Sariah Awang Senik Sumber : Koleksi Google http://www.facebook.com/sariahawangsenik Aku si penjual pau Masih setia gagah berdiri di sini Berpanas dan berpeluh demi memuaskan hati semua Aku si penjual pau Tika aku jalankan amanah ini aku seringkali teruji Diuji dan dipertemukan jodoh dengan pelbagai ragam manusia Aku si penjual pau Ada ketikanya kesabaranku bukan setinggi langit ke tujuh dan adakalanya aku bertahan demi anak-anak yang tersayang Aku si penjual pau Menahan bahang panas membara buatkan aku dihurung rasa keinsafan kerana terfikir bagaimanakah keadaan aku disana nanti Aku si penjual pau Dengan amanah inilah aku membesar dan mendidik anak-anak bahawa kehidupan ini bukan mudah perit dan manisnya hanya tuhan yang tahu Aku si penjual pau Tersalah menyambut sapaan bisa membuatkan dalam derita kerana ada ketikanya  aku dihimpit emosi yang tak menentu Aku si penjual pau Di sinilah aku membenihkan satu impian d

DENDAM

Image
Teks : Sariah Awang Senik Sumber : Koleksi Peribadi http://www.facebook.com/sariah Teks : Sariah Awang Senik Sumber : Koleksi Peribadi http://www.facebook.com/sariahawangsenik

SYUKURLAH

Image
Teks : Sariah Awang Senik Sumber : Koleksi Peribadi http://www.facebook.com/sariahawangsenik SYUKURLAH Syukurlah Aku masih berpeluang menikmati segala rahmatNYA Aku masih lagi bernafas dan melihat segala keindahanMu Aku masih melihat sang suria memancarkan seluruh cahayanya ke dada bumi Syukurlah Ketika kaki menyusun langkah memyusuri lorong ini Kulihat wajah langit menawan membiru Kulihat beburung bernyanyi riang Syukurlah Ya Allah kau senantiasa mendengar segala doa-doa hambamu Walau hambamu ini penuh noda dan dosa Walau keimanan hambamu ini taklah setinggi dan sekukuh tembok Cina yang tersergam megah Syukurlah Ya Allah, kau ampunkan semua dosa-dosa hambamu yang makin lemah ini dan tetapkanlah hati kami pada cahaya keimanan untuk syurga yang abadi disana nanti. Hasil Nukilan Sariah Awang Senik 19/10/2019

PENUNGGU SETIA

Image
Teks : Sariah Awang Senik Sumber : Koleksi Dari Google http://www.facebook.com/sariahawangsenik PENUNGGU SETIA Kisah ini aku ceritakan lagi dari dulu, kini dan selamanya Kisah seorang penunggu setia yang tersepit di celah-celah batu kehidupan Akibat desakan hidup yang melarat, dia harus lakukan satu pengorbanan Pengorbanan demi  pengorbanan tanpa henti tanpa nanti Tidak mahu menyusahkan hidup manusia yang lain, maka dia tiada mempunyai pilihan Bukan menyeksa diri tapi adakala mereka sengaja tidak mahu memahami Penunggu setia ini terus sabar menanti dalam doa dan penuh harapan kepada maha penciptaNya Dalam diam dan hening malam, dia bernekad untuk mengumpul seberapa banyak pahala buat bekalan rumah abadi disana nanti. Meskipun kini agak melelahkan namun penunggu setia ini tetap yakin percaya bahawa Allah hadirkan semua bagai satu medan untuk menyucikan diri dari dosa-dosa yang telah berlalu. Hasil Nukilan Sariah Awang Senik

RINDU BERTANDANG LAGI

Image
Teks : Sariah Awang Senik Sumber : Koleksi Peribadi http://www.facebook.com/sariahawangsenik RINDU BERTANDANG LAGI Rindu bertandang lagi Bagaikan lahar gunung berapi membuak-buak tanpa hentinya Mengimbas kembali saat-saat manis suatu waktu dahulu Rindu bertandang lagi Kenangan zaman persekolahan yang penuh dengan kisah lucu dan manisnya Ketika aku mula bertatih mengenal asam garam kehidupan Rindu bertandang lagi Aku teramat rindu pada guru-guru yang tak pernah jemu mengajar aku Aku rindu pada kelas, padang sekolah,  kantin, makmal dan juga bilik kaunseling Rindu bertandang lagi Dulu aku bukan pelajar terbaik, bukan juga pelajar harapan sekolah Malah hanya seorang pelajar yang banyak mendatangkan masalah kepada sekolah Rindu bertandang lagi Waktu itu aku pernah didenda oleh guru asbab masalah displin dan pernah juga setia ke bilik kaunseling Rindu bertandang lagi Dan aku senantiasa setia akan segala kenangan indah zaman persekolahan yang telah menjadi diri a